SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Khamis, 23 Disember 2010

CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Sejarah
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.
Bentuk muka bumi
Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlans. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal elektrik.


Keistimewaan
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Pekan
  1. Ringlet
  2. Lembah Bertam
  3. Tanah Rata
  4. Brinchang
  5. Kea Farm
  6. Tringkap
  7. Kuala Terla
  8. Kampung Raja
  9. Blue Valley
Tarikan Pelancong
  • Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
  • Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun Buah Strawberry.
  • Taman rama-rama.
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Jungle Trekking
  • Pasar Sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
Hotel
  • Bala's Chalet
  • Heritage Hotel
  • Century Pines Resort
  • Equtorial Hill Resort
  • Rosa Pasadena
  • Casa De La Rosa
  • De La Ferns
  • The Smoke House
  • The Lake House
  • Iris House
  • Star Regency
  • Rainbow Hotel
  • Shahzan Inn
  • Strawbery Park Resort
  • Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
  • Hillsview Hotel
  • Kavy Hotel (Budget Hotel)
  • Sri Pahang House
  • Ye Olde Smokehouse
  • Shal's Apartment
  • Parit Falls
  • New Garden Inn,Tanah Rata
  • Father's Guest House
  • Heritage Hotel
  • The Cool Point Hotel
  • Lakehouse House
  • Kalai Villa Apartment (Tanah Rata)
Pengangkutan
Anda boleh menaiki kereta,bus atau Teksibg pelancong dari selatan anda boleh melalui jalan Tapah manakala pelancong dari utara boleh melalui jalan Simpang Pulai
P/s saya nasihatkan anda melalui jalan Simpang Pulai kerana jalan itu selamat berbanding jalan Tapah kerana jalan Tapah sempit sedikit…………………….

info : wikipedia

2 ulasan:

  1. tapi jalan simpang pulai lg byk eksiden sbb org seronoj=k sgt guna jln tu.
    jln tph tu , jln sempit , so, sume org hati2 .

    BalasPadam
  2. betul tu....rase nye kami ikut jln tapah lagi selamt sbb jalan die berliku2 jadi bawak keta pn slooow je.......xde org yg beranii memotong...

    orang kate biar lambat asal selamat.....sekadar dipinggiran....heheheh

    BalasPadam

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget