Pulau Tioman
![]() di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal ' pada tahun 1959. ![]() Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisi ikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers. Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu. Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun. Asal-usul nama Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman. ![]() telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut. Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman. Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara. Gugusan pulau Terdapat 8 buah pulau dalam gugusan Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah pulau yang terbesar. Antara pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Tioman ialah :
Kampung Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman. Antaranya ialah: Hanya Kampung Juara yang menghadap Laut China Selatan manakala yang lain menghadap daratan Semenanjung Malaysia. | |
Tips
Jika anda gemar berjalan kaki, anda perlu mencuba laluan merentas pulau
yang bermula dari Kampung Tekek di sebelah barat hingga ke Kampung
Juara di sebelah Timur. Perjalanan ini boleh disempurnakan dengan mudah
dan menawarkan pemandangan pantai serta hutan di kedua-dua belah Pulau Tioman.

Kereta
Dari Johor Bahru, gunakan Lebuhraya Tebrau dan pandu menuju ke Mersing
menerusi Kota Tinggi. Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak menerusi
Temerloh, Kuantan, Pekan, Kuala Rompin,Tanjung Gemuk ke Mersing.
Anda juga boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur
menerusi Seremban, Bahau, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Tanjung
Gemuk ke Mersing.

Bas, Teksi
Perkhidmatan bas ekspress boleh didapati dari
Singapura di Newton Circus Court
dan Stesen Bas Jalan Sultan. Dari Kuala Lumpur, perkhidmatan bas
dan teksi boleh didapati dari Hentian Bas Puduraya. Bas bertolak pada
waktu tengahari dan pukul 11.30 malam. Teksi boleh bertolak pada bila-bila
masa. Perjalanan dijangka memakan masa selama 5-6 jam.
dan teksi boleh didapati dari Hentian Bas Puduraya. Bas bertolak pada
waktu tengahari dan pukul 11.30 malam. Teksi boleh bertolak pada bila-bila
masa. Perjalanan dijangka memakan masa selama 5-6 jam.
Bot
Pulau Tioman boleh dikunjungi dengan menggunakan bot dari Tanjung Gemok
di Pahang dan Mersing di Johor. Perjalanan ini memakan masa selama lebih-
kurang 1 1/2 jam.
di Pahang dan Mersing di Johor. Perjalanan ini memakan masa selama lebih-
kurang 1 1/2 jam.
Penerbangan
Berjaya Air menyediakan penerbangan harian dari Kuala Lumpur dan Singapura
ke Pulau Tioman yang memakan masa lebih-kurang 45 minit.
ke Pulau Tioman yang memakan masa lebih-kurang 45 minit.
Penginapan
Pelbagai jenis kemudahan tempat penginapan boleh didapati di sini samada
asrama pengembara yang ringkas atau hotel newah bertaraf 5-bintang.
Kebanyakan tempat penginapan di sini terletak di bahagian pantai barat pulau ini.
asrama pengembara yang ringkas atau hotel newah bertaraf 5-bintang.
Kebanyakan tempat penginapan di sini terletak di bahagian pantai barat pulau ini.
Tourism Malaysia Pahang, Lot G.01,
Kuantan, Pahang.
Tel: +609-517 7111 / 112 / 115 Faks: +609-517 7114 Laman web:www.pahangtourism.org.my
Info : Klik Disini
salam,
BalasPadamnak sangat ke Pulau Tioman, tahun lepas ke Kuala Rompin, cadang nak terus ke Pulau Tioman tapi hujan seharian membantutkan rancangan
saya pun dah lama teringin ke Pulau Tioman ni.. entah bila nak kesampaian agaknya..
BalasPadamkapan kapan aku mau ke sini ah
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamblog yang sangat informatif
boleh improve in term of lay out blog ini so that lebih tersusun dan memudahkan pelawat membacanya
Teringin nak pegi tapi belum ada kesempatan.
BalasPadamInsyallah pasti saya akan kesana juga hihihi....
BalasPadam