Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.
Pengankutan
Kereta
Bertolak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru menerusi Lebuhraya Utara-Selatan. Sampai di Kluang, ambil susur keluar menuju ke pekan Kahang. Di sini, kenderaan pacuan empat roda akan membawa anda menerusi trek sejauh 56km ke Kampung Peta yang merupakan pintu masuk ke Taman Negara ini.
Bertolak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru menerusi Lebuhraya Utara-Selatan. Sampai di Kluang, ambil susur keluar menuju ke pekan Kahang. Di sini, kenderaan pacuan empat roda akan membawa anda menerusi trek sejauh 56km ke Kampung Peta yang merupakan pintu masuk ke Taman Negara ini.
info : wikipedia
menarik ni :) insyaallah ada masa sampai
BalasPadamhutan sempadan endau rompin banyak da kena ceroboh.terutama kawasan hutan lesong bersempadan dengan felda selancar banyak balak kena curi dah..skrang ni pun balak tengah kuar..sodih den..
BalasPadam