SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Ahad, 19 Disember 2010

Bukit St. Paul (A'Famosa)

Go to fullsize image 


Go to fullsize image
Bukit St. Paul (A'Famosa)
Pihak Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu berhampiran sungai yang dinamakan A'Famosa.
Kubu A'Famosa memainkan peranan yang amat penting bagi pihak Portugis bagi mengekalkan kuasa mereka di Timur Jauh ketika itu kerana Melaka adalah pusat perbalahan antara kuasa-kuasa besar dan sering diancam serangan.
Perkarangan kubu itu pada masa dahulu mengandungi rumah, tempat menyimpan makanan, istana dan tempat mesyuarat bagi Majlis Portugis dan wakil lima buah gereja.
Serangan pihak Belanda yang berterusan selama tujuh bulan lamanya hampir memusnahkan keseluruhan kubu tersebut di mana hanya gerbang pintu masuk dan bangunan gereja di atas bukit sahaja yang tinggal.
Pergilah berjalan-jalan mendaki Bukit St. Paul pada lewat petang ketika cuaca lebih nyaman dan bersiar-siar di bawah pokok-pokok besar dan melihat peninggalan sejarah yang dapat dilihat hingga hari ini.
Dapat anda bayangkan kegemilangan dan penderitaan yang melanda pihak Portugis di sini pada suatu waktu dahulu...
Tips

Anda disarankan melawat Bukit St. Paul hanya selepas pukul 3 petang, apabila bayu laut yang nyaman mula bertiup…
Pengankutan

Jalan Kaki atau Teksi
Tidak menjadi kesukaran kepada anda untuk datang ke Bukit St. Paul dari tempat penginapan kerana ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka.
P/s Terletak dI Negeri Melaka


Bermint Untuk Melancong Keserata Dunia Dengan QWI sila Kli Di sini

2 ulasan:

  1. sy nak melancong ke negara yg tak wujd lagi ader ker..?

    BalasPadam
  2. Lamanya kite tak jln Melaka.Dulu tiap kali turun Melaka tak sah kalau tak sggh St.Paul.Tiap kali kat atas tu mulalah berangan kite ada masa silam.

    BalasPadam

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget