SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Jumaat, 14 Januari 2011

Taman Laut Tunku Abdul Rahman


Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Laut Tunku Abdul Rahman mengandungi lima buah pulau dan terletak hanya 20 minit dari Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah. Taman laut ini merangkumi kawasan seluas 4,929 hektar dan dua pertiga daripada kawasan ini ialah laut.


Lima buah pulau indah yang terdapat di sini iaitu Manukan, Mamutik, Sulug, Gaya dan Sapi mempunyai pantai yang putih bersih dan perairan dipenuhi pelbagai jenis ikan dan terumbu karang.
Ia kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Pulau Gaya dan Sapi turut mempunyai denai-denai kecil membolehkan anda mengembara di hutan sekitar kawasan ini.
Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.

Pengangkutan

Bot
Naiki bot dari jeti Central Market di Kota Kinabalu

Penginapan

Terdapat dua buah eko-resort di taman laut ini tetapi kebanyakan pelawat lebih gemar bermalam di Kota Kinabalu yang terletak hanya 10 minit dari sini.

Talian Untuk Di hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Sabah di talian : +6088-248 698 / 211 732

Info : Klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget