SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Ahad, 3 Oktober 2010

MENEROKA GUA-GUA

Meneroka Gua

Malaysia mempunyai pembentukan gua-gua yang banyak termasuk antara yang terbesar dan terpanjang di dunia. Gua-gua ini terselindung di dalam hutan hujan dan paya bakau yang kaya dan menjadi tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar. Malah, terdapat bukti penemuan bahan artifak yang berusia lebih 40,000 tahun di tapak kaji purba seperti di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini.

Beberapa buah gua turut menjadi pusat industri sarang burung. Pemungut sarang burung akan memanjat tangga buluh hingga ke siling gua untuk mendapatkan sarang-sarang burung yang dijual pada harga yang mahal kerana dipercayai mempunyai khasiat perubatan. Tarikan lain termasuk Gua Batu Caves di Selangor yang mempunyai kuil Hindu yang masih menarik ribuan penganut dari seluruh negara. Terdapat juga peninggalan tapak perkuburan lama di sesetengah gua di Sabah.

Gua-gua di Malaysia juga merupakan habitat kepada pelbagai jenis hidupan liar seperti kelawar buah, burung layang-layang, dan haiwan-haiwan invertebrat, selain dari tarikan formasi stalaktit dan stalagmit yang besar. Peneroka gua yang berpengalaman biasanya dilantik sebagai pemandu. Mereka boleh dihubungi menerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia serta kebanyakan kelab pengembaraan di Malaysia.

Lazimnya ekspedisi meneroka gua mengambil masa sehari sahaja, tetapi pelawat boleh juga memilih untuk bermalam di situ. Secara amya, pelawat tidak dibenarkan bermalam di dalam gua tetapi bilik penginapan selalunya disediakan berhampiran kebanyakan kawasan gua. Penerokaan gua selalunya berlangsung sewaktu musim kering, antara bulan Mac dan Oktober, namun demikian pastikan anda sentiasa bersedia untuk kemungkinan hari hujan.

Permit kebenaran masuk perlu diperolehi terlebih dahulu untuk meneroka gua-gua tertentu. Permit ini boleh didapati dari Jabatan Perhutan negeri berkenaan. Seperti ekspedisi alam semulajadi yang lain, pemeliharaan stalagmit, stalaktit dan semua hidupan di dalam gua amat penting.

Merakam gambar dengan menggunakan lampu adalah dilarang kerana dikhuatiri cahaya lampu kamera tersebut mungkin mengganggu hidupan di dalam gua. Pelawat perlu sentiasa peka kepada kemungkinan bertembung dengan hidupan liar merbahaya seperti ular dan kala jengking. Jika anda berminat meneroka gua, pastikan anda menggunakan bantuan pemandu peneroka gua yang boleh didapati dari Taman Negara atau mana-mana persatuan peneroka gua. Terdapat banyak gua di Malaysia yang masih belum diwartakan dan pelawat tidak digalakkan meneroka gua bersendirian.

 
Tips
Pastikan anda memeriksa segala kelengkapan sebelum memasuki gua lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk melakukan turunan tebing bertali (abseiling). Hadkan tempoh masa anda di dalam gua tidak lebih dari lapan jam. Rancang pencahayaan yang anda perlukan. Sekilo bahan bakar seperti karbid boleh menghasilkan nyalaan selama enam hingga lapan jam. Jangan lupa untuk sentiasa membawa lampu suluh dan bateri tambahan. Individu yang menghidap sakit lemah jantung dan klaustrofobia perlu menghadkan lawatan mereka kepada gua pameran sahaja. Pastikan juga anda bebas dari sebarang alahan yang berkaitan dengan batu kapur dan tahi kelawar.
 
 
Terokai Gua-gua Yang Unik Di Malaysia!
click to view Gua Kelam
Gua Kelam menawarkan pengalaman yang unik di dalam hutan.
click to view Pulau Rawa
Amat mudah ke Pulau Rawa yang terkenal dengan pasir putih dan terumbu karang yang penuh dengan ikan berwarna-warni.
click to view Lembah Danum
Lembah Danum yang indah merupakan kawasan pemuliharaan yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan liar serta pemandangan alam sekitar yang mempesonakan.
click to view Taman Negara Gunung Mulu
Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.
click to view Taman Negara Niah
Gua-gua batu kapur yang paling menakjubkan terselindung di sebalik hutan tebal yang luas ini.
click to view Taman Rimba Kenong
Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.
click to view Hutan Rekreasi Bukit Kubu
Taman rekreasi ini mengandungi gua batu kapur yang terselindung di sebalik bukit-bukau yang dilitupi hutan.
click to view Batu Punggul
Gua-gua terpencil dengan bongkahan batu kapur raksaksa dan dikelilingi bunga-bunga Rafflesia dan orkid liar yang cantik.
click to view Pulau Langkawi
Gugusan 99 buah pulau, Langkawi menawarkan pantai indah, kemudahan taraf antarabangsa, barangan bebas-cukai, serta legenda yang memukau.
click to view Gua Madai
Suku kaum Idahan mengutip sarang burung yang berharga dalam suasana yang meriah di sini .
click to view Tokong Sam Poh Tong
Tokong yang terbesar di Malaysia mempamerkan hasil seni yang mengagumkan dikelilingi bongkah-bongkah stalagmit dan stalagtit.
click to view Gunung Ledang
Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus mempesona dan menarik kunjungan pelancong tempatan dan asing.
click to view Paya Bakau Langkawi
Merupakan salah sebuah hutan paya bakau terbesar di Asia Tenggara dan menjadi tempat kediaman pelbagai tumbuhan dan haiwan yang menakjubkan.
click to view Batu Caves
Ruang gua yang utama memaparkan kuil Hindu yang dihiasi ukiran halus dan menarik. Ia dikunjungi ramai pelawat sewaktu sambutan perayaan Thaipusam setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget