SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Ahad, 3 Oktober 2010

Islam Di Malaysia

Islam Di Malaysia

Sejak ketibaannya menerusi pedagang Arab dan India yang datang ke Semenanjung Malaysia pada kurun ke 13, Malaysia telah menerima agama Islam yang kemudiannya turut diserapkan ke dalam rekabentuk bangunan, makanan dan cara hidup di negara ini.

Sekitar 60% penduduk Malaysia adalah beragama Islam yang seterusnya mencipta gabungan budaya Melayu dan agama Islam yang saling berkait rapat. Laungan azan kedengaran di setiap pelusuk negara ini sebanyak lima kali sehari.

Tidak menjadi keganjilan jika sebuah masjid terletak berhampiran dengan gereja dan tidak jauh dari kuil Hindu. Penduduk berbilang bangsa dan agama di sini hidup dalam harmoni dan setiap individu bebas mempraktikkan agama masing-masing dan hidup tenteram.

Ketika bulan Ramadan, masyarakat Islam akan berpuasa dan waktu inilah akan didirikan gerai-gerai bazar Ramadan di beberapa batang jalan tertentu yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Perayaan tahunan utama yang disambut oleh masyarakat Islam ialah Hari Raya Aidil Fitri yang meraikan tamatnya bulan puasa.

Masyarakat Islam di seluruh negara menjemput sahabat handai dan jiran tetangga yang berlainan agama datang ke rumah mereka bagi menyambut perayaan bersama-sama dan menikmati juadah perayaan.

Rekabentuk dan senibina Islam di Malaysia berpunca dari negara-negara Arab, tetapi telah digarap dengan sentuhan budaya Melayu yang unik. Rekabentuk dan senibina ini boleh dilihat di mana-mana masjid atau bangunan pentadbiran di seluruh negara.

 
Tips
Bagi pengunjung umat Islam dari luar negara, anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang pelancongan Islam di Malaysia melalui: www.itc.gov.my
 
 
Ketahui Kekayaan Sejarah Dan Seni Islam Di Malaysia.
click to view Masjid Kampung Hulu
Masjid tertua di Melaka yang dibina pada tahun 1728. Gaya senibinanya yang unik tidak boleh ditemui di tempat lain di negara ini.
click to view Masjid Sultan Abu Bakar
Masjid yang bersejarah ini terbina berhampiran Selat Johor dan di kelilingi bukit-bukau yang indah beralun.
click to view Masjid Negara
Masjid Negara yang dilengkapi dengan taman yang indah juga merupakan masjid terbesar di ibukota.
click to view Masjid Putra
Masjid yang indah ini diilhamkan dari senibina Islam mengagumkan jemaah dan juga pelancong
click to view Muzium Kesenian Islam Malaysia
Salah sebuah Muzium Kesenian Islam yang terunggul di dunia.
click to view Masjid Kapitan Keling
Namanya diambil sempena gelaran pedagang India-Muslim yang digelar 'Kapitan Keling', seorang pemimpin komuniti di awal tahun 1800.
click to view Masjid Biru
Salah sebuah bangunan yang mempunyai rekabentuk yang mengagumkan di Malaysia. Masjid ini mempunyai menara yang tertinggi di dunia.




















































































http://www.tourism.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget