SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Ahad, 3 Oktober 2010

Memerhati Burung

Dari paya bakau berselut hingga banjaran gunung berkabus, mukabumi Malaysia telah dihuni dengan ratusan spesis burung. Kedudukan negara di tengah-tengah laluan penghijrahan burung Australia telah menjadikannya tuan rumah kepada lebih kurang 120 spesis burung migratori. Dengan lebih 600 spesis yang boleh dilihat di Semenanjung dan 580 spesis lagi di Malaysia Timur, burung-burung ini hidup di dalam taman rimba dan hutan simpan yang mudah dilawati. Tidak hairanlah Malaysia kini terkenal sebagai destinasi memerhati burung yang terkemuka di dunia.

Separuh permukaan bumi Malaysia dilitupi hutan hujan atau ladang pertanian. Hidupan unggas di negara ini mempunyai banyak pilihan dengan kepelbagaian jenis habitat yang ada. Hutan hujan Malaysia pada amnya terbahagi kepada tiga jenis habitat yang berlainan – pantai pesisir hutan bakau, hutan hujan tanah rendah dan hutan pergunungan.

Eko-sistem hutan bakau yang berselut, di mana air masin bercampur dengan air tawar di muara sungai menjadi tempat tinggal pelbagai jenis burung seperti burung Raja Udang. Hutan tanah rendah termasuk paya air tawar serta hutan dipterokarp tanah gambut dan bukit masih menjadi habitat tumpuan lebih 200 spesis burung, antaranya Bangau Storm dan Merpati Abu Abu.

Hutan pergunungan pada amnya bermula pada tahap ketinggian 900m, di mana spesis seperti Kuang Cermin dan Burung Mata Hitam Gunung hidup dan membiak di kawasan beriklim nyaman dan lembap ini yang dipenuhi pohon-pohon renek yang subur di kawasan tanah tinggi. Walau pun setiap habitat membolehkan anda menikmati aktiviti memerhati burung setempat, tidak menjadi masalah jika anda ingin melawat tapak pemerhatian kawasan zon ekologi yang berlainan bagi melihat kepelbagaian burung yang ada.

Kagumi kepelbagaian jenis burung yang cantik dan eksotik, rakamkan gambar burung-burung yang dilihat dan pelajari berkenaan spesis burung tersebut.

 
Tips
Pelajari sebanyak mana yang mungkin mengenai tapak pemerhatian pilihan anda, serta jenis burung yang mungkin dapat dilihat di situ. Sepasang binokular boleh membantu anda mencari dan mengenalpasti burung yang terbang tinggi dan jauh. Kebanyakan burung aktif di waktu pagi dan lewat petang, ketika suhu sekeliling lebih nyaman. Rujuk buku panduan anda untuk mengetahui waktu paling sesuai untuk melihat jenis burung tertentu. Kebanyakan burung mempunyai corak dan tabiat mencari makan yang tertentu. Tempat paling sesuai untuk memerhati burung randuk ialah di kawasan paya datar sewaktu air surut. Untuk merakam gambar burung, gunakan lensa khas dan lampu kamera kerana ada kemungkinan kawasan tersebut tidak mempunyai cahaya yang terang. Permit kebenaran masuk ke taman perlindungan burung boleh diperolehi daripada Jabatan Perhutanan negeri masing-masing.
 
 
Tempat Terbaik Untuk Memerhati Burung Eksotik.
click to view Taman Perlindungan Burung Kuala Gula
Pencinta alam semulajadi dan penggemar aktiviti memerhati burung, jangan lepaskan peluang melawat Taman Perlindungan Burung Kuala Gula.
click to view Lembah Danum
Lembah Danum yang indah merupakan kawasan pemuliharaan yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan liar serta pemandangan alam sekitar yang mempesonakan.
click to view Cameron Highlands
Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong.
click to view Pusat Hidupan Liar Matang
Sejumlah besar hidupan liar dipulihkan di sini dan memberi peluang kepada pelawat untuk melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat.
click to view Taman Burung Labuan
Taman burung ini mengandungi pelbagai jenis burung yang mengagumkan serta taman bunga yang indah.
click to view Taman Tasik Perdana
Taman menghijau di tengah kota ini telah wujud sejak tahun 1880an dan mengandungi Taman Rama-Rama, Taman Rusa dan Taman Burung yang menawan.
click to view Paya Bakau Langkawi
Merupakan salah sebuah hutan paya bakau terbesar di Asia Tenggara dan menjadi tempat kediaman pelbagai tumbuhan dan haiwan yang menakjubkan.
click to view Bukit Fraser
Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.
click to view Taman Negara Endau - Rompin
Taman Negara Endau - Rompin merupakan hutan hujan yang tertua di dunia (130 juta tahun!) dan tempat tinggal badak sumbu Sumatera yang kian pupus.
click to view Gua Madai
Suku kaum Idahan mengutip sarang burung yang berharga dalam suasana yang meriah di sini .
click to view Taman Negara
Taman negara yang pertama dan tertua di negara menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan eko-pelancongan yang menyeronokkan.
click to view Gunung Ledang
Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus mempesona dan menarik kunjungan pelancong tempatan dan asing.
click to view Taman Negara Similajau
Taman pinggiran pantai sepanjang 30 km ini mempunyai pantai paling indah di negeri Sarawak.
click to view Taman Negara Niah
Gua-gua batu kapur yang paling menakjubkan terselindung di sebalik hutan tebal yang luas ini.
click to view Taman Negara Gunung Mulu
Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.
click to view Taman Negara Batang Ai
Hutan hujan yang luas ini menjadi tempat tinggal hidupan liar seperti orang utan dan burung kenyalang. Ia juga mempunyai sebuah hotel bertaraf 5-bintang.
click to view Taman Kinabalu
Gunung tertinggi di Malaysia (4,101m) menyediakan pendakian yang mencabar dan pemandangan yang sungguh mengagumkan.
click to view Menyusur Sungai Kuala Krai-Dabong
Pengalaman mempesona meneroka hutan hujan tropika sambil menyingkap kehidupan penduduk sungai di kawasan pedalaman.
click to view Taman Negara Bukit Lambir
Kolam air yang berwarna kehijau-hijauan dan bukit batu pasir yang mengagumkan menjadikan kawasan ini destinasi percutian yang mempesona.
click to view Pulau Langkawi
Gugusan 99 buah pulau, Langkawi menawarkan pantai indah, kemudahan taraf antarabangsa, barangan bebas-cukai, serta legenda yang memukau.
click to view Hutan Simpan Belum
Hutan Simpan Belum ialah hutan simpan dara yang terluas di Semenanjung yang belum pernah diteroka serta kawasan perlindungan yang kaya dengan pelbagai hidupan liar.
click to view Hutan Rekreasi Bukit Kubu
Taman rekreasi ini mengandungi gua batu kapur yang terselindung di sebalik bukit-bukau yang dilitupi hutan.
click to view Tree Top Walk Sungai Sedim
Tree Top Walk sepanjang 950 meter ini adalah yang terpanjang di dunia merentasi hutan hujan yang tertua di Negeri Kedah Darulaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget