SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Jumaat, 14 Januari 2011

Taman Laut Pulau Tiga

Taman Laut Pulau Tiga

Pulau Tiga adalah pulau terbesar di antara tiga pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Tiga. Pemandangan indah dan persekitaran yang bersih telah menarik minat Rangkaian TV CBS dari Amerika untuk menggunakan pulau ini sebagai lokasi utama bagi penggambaran rancangan 'Survivor' yang popular lantas memberikan gelaran 'Survivor Island' kepada pulau ini.  


Pulau ini terbentuk selepas ledakan beberapa buah gunung berapi lumpur. Ledakan terakhir berlaku pada tahun 1941 dan sejak itu, gunung berapi lumpur tersebut telah kekal pasif. Beberapa buah lahang yang mengeluarkan lumpur mengandungi mineral yang tinggi dan masih boleh ditemui berhampiran puncak tertinggi di pulau ini. Kepercayaan yang lumpur ini baik untuk kulit menjadikan aktiviti bermandi lumpur sangat terkenal di pulau ini.

Hutan hijau yang tebal di pulau ini menyediakan perlindungan yang nyaman, sementara pasir pantai yang halus dan putih serta air laut yang jernih menggamit pelawat ke sini. Terumbu karang di sekeliling pulau ini memberi perlindungan kepada pelbagai spesis ikan dan hidupan laut yang lain. Antara aktiviti yang menanti anda di sini termasuk menyelam skuba, sukan air tidak bermotor, meneroka hutan, memerhati burung dan bermandi lumpur.

Ibupejabat Taman Laut terletak di bahagian selatan pulau ini tidak jauh dari Pulau Tiga Resort.

Tips

Pulau Tiga dan Pulau Kalampunian menawarkan peluang mandi-manda dan berenang snokel tidak jauh dari pantai.

Pengangkutan

Jalan darat dan laut
Perjalanan ke Jeti Kuala Penyu dari Kota Kinabalu mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Bot laju yang disediakan di Jeti Kuala Penyu ke Taman Laut Pulau Tiga pula akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Penginapan

Terdapat 2 buah resort yang beroperasi di sini. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web http://pulau-tiga.com dan http://www.borneosurvivor.com.my untuk maklumat lanjut.

Talian Untuk Di hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Sabah di talian : +6088-248 698 / 211 732

Info : Klik Sini


17 ulasan:

  1. i've been here and yes. this is one of the best!

    BalasPadam
  2. la. ingatkan segitiga bermuda.. hehe

    BalasPadam
  3. ermm pulau tanpa namer ader tak pakej dia....yolong carikan pulau tanpa namer

    BalasPadam
  4. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Assalamualaikum... Maaf lama kami tak ziarah blog kamu..


    woooo tenagh rancang percutian ni... tapi tengah nak kumpul duit dulu baru dapat gi mungkin bulan 3 lepas habis musim hujan ni

    BalasPadam
  5. wah, banyaknye info kat sini. like like :)

    BalasPadam
  6. mcm2 nama pulau ada yer... dlm byk2 pulau.. rasanya yg sy dah sampai setakat ni cuma pulau pinang, pulau pangkor, pulau ketam & pulau indah.. hehehe...

    p/s: sy pun dah klik iklan awak jugak.. tolong menolong.. hehe..

    BalasPadam
  7. aiseh... ingat Pulau Tiga kampung saya....issh isshhh..issshhhh ada jugak tempat lain namanya sama Pulau Tiga kat Kg Gajah Perak..

    BalasPadam
  8. salam saye ade tag anakphg, join la kalau sempat yea hehehe

    http://mappiau.blogspot.com/2011/01/edit-photo-battle.html

    hehehe thanks

    -mamairfan-

    BalasPadam
  9. tensionnya. dh la x dpt melancong T_T
    :D

    BalasPadam
  10. kalau boleh, saya teringin sangat nak tahu ttg segi3 bermuda

    BalasPadam
  11. suka dgn pulau dan laut, tp xtau berenang...hihi

    BalasPadam
  12. elie susah betul nk g pulau la..
    setahun sekali je,atau tak pergi langsung!
    heeee

    BalasPadam
  13. i have actually wanted to go there for a holiday but the air ticket was very expensive!

    renaye
    http://renaye.nutang.com

    BalasPadam

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget