SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Jumaat, 14 Januari 2011

Taman Laut Pulau Penyu

Taman Laut Pulau Penyu

Taman Laut Pulau Penyu merangkumi beberapa buah pulau yang tidak didiami yang terletak di Laut Sulu berhampiran pantai timur Negeri Sabah.

Pulau Penyu yang juga dipanggil Pulau Selingan merupakan pulau terbesar di sini dan telah dibangunkan bagi menempatkan ibupejabat Taman Laut ini iaitu sebuah pusat pelawat, kemudahan pelancongan yang ringkas dan sebuah tapak penetasan telur penyu.

Pulau-pulau lain yang berdekatan lazimnya tidak boleh di lawati oleh pelancong biasa bagi memastikan tempat tersebut kekal dalam keadaan asalnya. Penyu lazimnya naik ke darat selepas senja untuk bertelur. Taman laut ini menpunyai polisi yang hanya membenarkan para pelancong melihat seekor penyu bertelur hanya waktu malam sahaja.

 
Sementara menanti waktu senja untuk menyaksikan saat yang mengagumkan ini, pelancong hanya perlu bersantai di tepi pantai atau berenang snokel sambi menanti matahari terbenam. Pantai barat pulau ini sangat sesuai untuk bersantai. Pantainya putih bersih, sunyi dan mempunyai terumbu karang serta hidupan laut yang menarik di perairannya.
Sekiranya anda berjalan-jalan di sekeliling pulau ini, anda pasti kagum melihat betapa banyak penyu telah naik ke darat untuk bertelur - jejak mereka boleh kelihatan di permukaan pasir berhari-hari lamanya.
Pekan tanah besar yang terdekat ialah pekan Sandakan. Pengendali percutian anda akan mengaturkan supaya sebuah bot laju menjemput anda pergi dan balik dari Pulau Penyu. Perjalanan ini memakan masa selama dua jam.

Tips

Penyu bertelur di waktu malam dan pelawat disarankan mempelajari lebih lanjut bagaimana mendapatkan peluang memerhati penyu bertelur dari pegawai di tapak penetasan di sini kerana mereka sangat arif mengenai hal ini.
Pengangkutan

Bot
Dari jeti Sandakan, anda boleh menaiki bot laju ke Pulau Penyu. Perjalanan ini memakan masa selama dua jam.

Penginapan

Terdapat dua buah eko-resort di taman laut ini tetapi kebanyakan pelawat lebih gemar bermalam di Kota Kinabalu yang terletak hanya 10 minit dari sini.

Talian Untuk Di hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Sabah di talian : +6088-248 698 / 211 732

Info : Klik sini

1 ulasan:

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget