SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Sabtu, 2 Oktober 2010

TAMAN NEGARA

Taman Negara

Tiada tempat lain di dunia yang lebih sesuai untuk menikmati keindahan tumbuhan dan haiwan tropika di dalam habitat semulajadi yang bersih! Malaysia mempunyai pelbagai jenis Taman Negara, dari hutan simpan bakau dan hutan hujan tropika yang segar, hingga Taman Laut yang mempesona. Hutan hujan dan lautan bersuhu hangat yang terletak hanya beberapa darjah ke utara garisan Khatulistiwa ini merupakan tempat paling sesuai untuk mengamati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya.

Oleh itu, tidak hairanlah bahawa hampir 75% mukabumi Malaysia masih dilitupi hutan, yang mana lebih kurang 60% dari kawasan tersebut terdiri dari hutan hujan dara. Selaku penyokong Perjanjian Persidangan Rio 1992, Malaysia telah memberikan komitmen untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% litupan hutan dan pokok selama-lamanya sebagai sumbangan negara di dalam menangani masalah konservasi sedunia. Sebagai sebuah dari dua belas negara yang mempunyai kepelbagaian biologi terunggul di dunia, Malaysia berbangga kerana mempunyai sekurang-kurangnya 15,000 spesis tumbuhan berbunga, 286 spesis mamalia, 150,000 spesis haiwan tidak bertulang belakang (invertebrat), dan 4,000 spesis ikan dan spesis hidupan mikro yang tidak terkira jumlahnya. Tidak menghairankan, tahap kekayaan bio-diversiti setinggi ini yang dijumpai di taman-taman negara di Malaysia menjadi suatu kebanggaan bagi Malaysia.

Antara tumbuhan dan haiwan tropika terbesar dan paling terkenal di Malaysia ialah Badak Sumbu Sumatera, Beruang Madu, Harimau Malaya, Orang Utan, Labah-labah Tarantula Hutan, dan Monyet Belanda. Malaysia Timur amat terkenal dengan bunga Rafflesia - bunga terbesar di dunia.

Selain dari jenis tumbuhan dan haiwan yang pelbagai, Taman-taman Negara Malaysia juga menawarkan berbagai-bagai pilihan aktiviti luar yang mencabar seperti berakit di jeram dan memanjat gunung serta aktiviti riadah seperti memerhati burung atau bersampan di sungai. Para penyelia aktiviti luar profesional yang dilengkapi dengan peralatan yang terkini, boleh membimbing anda di dalam semua aktiviti tersebut.

 
Tips
Apabila anda membuat rancangan aktiviti luar, sila pastikan ketika waktu musim hujan, anda hendaklah sentiasa membawa bersama kelengkapan yang sesuai. Walaupun cuaca sukar diduga, musim tengkujuh lazimnya tiba di antara bulan Disember hingga Febuari di pantai timur, sementara musim tengkujuh di Malaysia Timur lazimnya jatuh pada suku tahun yang pertama.
 
 
Tarikan Taman Negara.
click to view Taman Negara Bukit Lambir
Kolam air yang berwarna kehijau-hijauan dan bukit batu pasir yang mengagumkan menjadikan kawasan ini destinasi percutian yang mempesona.
click to view Taman Negara Batang Ai
Hutan hujan yang luas ini menjadi tempat tinggal hidupan liar seperti orang utan dan burung kenyalang. Ia juga mempunyai sebuah hotel bertaraf 5-bintang.
click to view Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Taman laut yang mengandungi lima buah pulau ini menawarkan pelbagai kemudahan, pantai yang putih bersih dan aktiviti snorkel dan boleh dikunjungi dengan menaiki bot selama 20 minit dari Kota Kinabalu.
click to view Taman Laut Pulau Payar
Taman laut indah yang memaparkan keajaiban laut diganding dengan kemudahan sempurna membolehkan pelancong mendekati alam semulajadi.
click to view Lembah Danum
Lembah Danum yang indah merupakan kawasan pemuliharaan yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan liar serta pemandangan alam sekitar yang mempesonakan.
click to view Taman Negara
Taman negara yang pertama dan tertua di negara menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan eko-pelancongan yang menyeronokkan.
click to view Hutan Simpan Belum
Hutan Simpan Belum ialah hutan simpan dara yang terluas di Semenanjung yang belum pernah diteroka serta kawasan perlindungan yang kaya dengan pelbagai hidupan liar.
click to view Taman Negara Similajau
Taman pinggiran pantai sepanjang 30 km ini mempunyai pantai paling indah di negeri Sarawak.
click to view Taman Negara Endau - Rompin
Taman Negara Endau - Rompin merupakan hutan hujan yang tertua di dunia (130 juta tahun!) dan tempat tinggal badak sumbu Sumatera yang kian pupus.
click to view Taman Negara Bako
Teluk terpencil, tanjung berbatu serta tebing curam yang mempesona berhadapan dengan Laut China Selatan yang luas.
click to view Taman Kinabalu
Gunung tertinggi di Malaysia (4,101m) menyediakan pendakian yang mencabar dan pemandangan yang sungguh mengagumkan.
click to view Taman Negara Tanjung Piai
Tanjung Piai merupakan kawasan lindungan pantai pinggiran paya bakau, tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar yang unik.
click to view Taman Negara Gunung Mulu
Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.
click to view Taman Negara Tanjung Datu
Walaupun kecil, taman negara ini melindungi hutan hujan dara dan juga terumbu karang laut yang terletak hanya 100 meter antara satu sama lain.
click to view Taman Negara Gunung Gading
Tarikan utama Gunung Gading ialah bunga Rafflesia yang besar. Inilah salah satu tempat terbaik untuk melihat tumbuhan yang jarang ditemui ini.
http://www.tourism.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget