SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Ahad, 19 Disember 2010

Menara Berkembar Petronas, KLCC

Go to fullsize image
Menara Berkembar Petronas, KLCC
Menara Berkembar Petronas, bangunan 88-tingkat yang juga dikenali sebagai KLCC merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. Menara kebanggaan Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah pusat bandar ini mengandungi kompleks pejabat, dewan konvensyen, sebuah taman yang luas dan kompleks membeli-belah.
Seni bina menara berkembar ini direka oleh arkitek Amerika yang berasal dari Argentina iaitu Cesar Pelli yang mendapat ilham rekaan dari corak geometrik yang sering digunakan di dalam senibina Islam.
Taman KLCC merupakan sebuah taman yang luas dengan landskap yang direka indah terhampar di sebelah menara senibina yang unggul ini. Tarikan-tarikan lain yang terdapat berdekatan termasuk kompleks membeli-belah Suria KLCC, Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Sains Petronas, Galeri Seni Petronas, Aquaria Oceanarium dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .

Tips

Jangan ketinggalan melawat jambatan penghubung (skybridge) yang dibuka kepada pelawat mulai jam 8.30 pagi hingga 7.00 petang dari hari Selasa hingga Ahad (ditutup pada hari Isnin).
Pengankutan

Jalan Kaki atau Teksi
Menara Berkembar Petronas terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Hotel Mandarin Oriental dan The Ascott juga terletak berhampiran dengan menara ini.

Jalan Darat (Keretapi)
Stesen KLCC dihubungkan oleh laluan keretapi PUTRA LRT.
Penginapan

Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga ke hotel mewah bertaraf 5-bintang.

P/s – Memang kita patut berbangga dengan Tun Dr Mahathir kerana ilham Tun Telah membawa byk perubahan kepada negara

1 ulasan:

  1. assalamualaikum wbt ...
    rasanya dah lama saya tggal di negara luar.
    bila pulang ke malaysia ni saya teringin la plak nak berkunjung ke skybridge tu... tp nak hubungi customerline mcm ner yer utk booking? any info plese write to me...

    BalasPadam

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget