SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Khamis, 16 Disember 2010

Batu Ferringhi

Go to fullsize imageBatu Ferringhi

Batu Ferringhi merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah bertaraf antarabangsa.
Berehat sambil bermandikan sinaran matahari atau cuba aktiviti-aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan seperti aktiviti luncur papan layar atau berkayak.
Untuk pengalaman yang lebih menarik, cubalah aktiviti 'para-sailing' di tepi pantai dan nikmati pemandangan di sekeliling pantai dari udara.
Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.
Go to fullsize imageSaksikan artis tempatan menunjukkan demonstrasi melukis batik dan kraftangan. Pasar malam yang juga digelar Ferringhi Walk menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.
Tips
Tidak jauh dari Batu Ferringhi ialah sebuah taman yang dinamakan Taman Herba (Spice Garden). Taman ini mempunyai landskap yang indah serta sebuah cafe yang kecil tetapi menawan yang menawarkan minuman dan kek yang lazat. Sebatang laluan trek hutan juga terdapat di sini.

 Pengangkutan

Teksi
Cara termudah untuk anda pergi-balik dari Georgetown ke Batu Ferringhi ialah dengan menggunakan teksi. Perkhidmatan bas tidak begitu kerap dan jarak antara keduanya terlalu jauh dan cuaca yang panas tidak sesuai untuk berbasikal.

 Penginapan

Go to fullsize image 

Pantai yang popular ini terkenal dengan deretan hotel-hotel mewah bertaraf 4 dan 5-bintang. Tetapi terdapat juga tempat penginapan murah yang ringkas untuk pengembara.

Info :
http://www.tourism.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget