SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Ahad, 19 Disember 2010

Litar Lumba Antarabangsa Sepang

View Image



Litar Lumba Antarabangsa Sepang
Memandangkan minat dunia yang semakin mendalam di dalam sukan bermotor, Malaysia kini mempunyai sebuah litar Formula 1 yang mencabar yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Litar F1 Sepang mempunyai dua lapis anjung penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama yang boleh memuatkan 100,000 orang hadirin. Sejak menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 buat kali pertama pada tahun 1999, Litar F1 Sepang telah menjadi salah sebuah litar yang paling terkenal di kalangan pemandu-pemandu F1.
Litar sepanjang 5.542km yang mengagumkan ini memaparkan 15 selekoh dan 8 jalan lurus. Perlumbaan Malaysia F1 Grand Prix Petronas mengumpulkan pemandu-pemandu terbaik dunia untuk bertanding di litar ini
Tips
Pastikan anda membawa losyen pelindung sinar matahari, air minuman dan topi!
Pengankutan
Bas, Teksi
Anda boleh menaiki bas Airport Coach yang bertolak dari Stesen Bas Jalan Duta menuju ke KLIA. Dari KLIA, anda boleh menaiki teksi atau bas Sepang-Omnibus ke Litar Perlumbaan Sepang. Anda juga boleh menaiki bas dari Stesen Sentral KL menuju ke Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) berhampiran KLIA. Bas ini boleh menurunkan anda betul-betul di hadapan litar perlumbaan ini.



Kereta
Dari Kuala Lumpur (KL), gunakan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Persimpangan KLIA. Perjalanan dari KL ke Litar Lumba F1 Sepang memakan masa lebih-kurang 45 minit. Selepas anda membayar tol, ambil susur keluar yang pertama di sebelah kiri jalan. Anda akan melihat sebuah masjid di sebelah kiri anda. Anda akan tiba di sebuah bulatan di mana anda perlu mengambil jalan terus di hadapan. Kemudian anda akan melepasi sebuah set lampu trafik. Belok ke susur keluar yang pertama di sebelah kiri selepas lampu trafik tersebut (kira-kira 8km selepas lampu trafik tersebut). Dari situ, anda akan nampak banyak papan-papan tanda yang menunjukkan jalan ke arah litar lumba ini.

Komuter, Keretapi ERL
Dari Stesen Sentral Kuala Lumpur, naiki keretapi Komuter menuju ke Nilai atau keretapi ERL (Express Rail Link) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari Nilai dan KLIA, anda boleh menaiki teksi atau Sepang Omnibus untuk pergi ke litar ini iaitu 10 minit perjalanan dari KLIA.

info : http://www.tourism.gov.my/

Bermint untuk Melancong KESERATA DUNIA SILA klik disini

1 ulasan:

  1. umah kite dkt je ngan SIC.kite dulu ticketing agent F1.hepi tgk ramai org luar dtg berduyun2 ke sini.nice blog sudi kongsi info dgn kami semua

    BalasPadam

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget