SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Isnin, 3 Januari 2011

Taman Laut Pulau Payar

Taman Laut Pulau Payar

Taburan pulau-pulau kecil yang membentuk Pulau Payar terletak hanya 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Taman Laut terhebat di pantai barat Semenanjung ini boleh dikunjungi dengan bot dalam tempoh satu jam sahaja menjadikannya destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari.
Taman Laut terlindung yang tidak diduduki manusia ini merangkumi beberapa buah pulau termasuk pulau yang terbesar - Pulau Payar. Tapak lawatan anda di sini merupakan sebuah platform yang didirikan tidak jauh dari Pulau Payar. Tetapi tarikan sebenar terselindung di dalam perairan sekelilingnya. Masuk ke dalam ruang pemerhatian bawah laut yang terdapat di sini untuk melihat keindahan hidupan laut di sekitar kawasan terumbu karang. Ingin melihat ikan-ikan yang menjadikan terumbu karang ini tempat tinggal mereka dengan lebih dekat lagi? Kenakan kelengkapan snorkel dan terjun ke laut untuk melihat sendiri!
Anda gemar menyelam? Tapak selaman terhebat terletak di sepanjang jalinan terumbu karang yang memagari bahagian selatan, timur dan barat Pulau Payar. Pastikan anda tanya pengendali selaman anda mengenai jarak penglihatan yang dijangka ketika selaman anda. Jarak ini berubah dari masa ke semasa.
Pulau Payar tidak mempunyai sebarang kemudahan penginapan memandangkan ianya sebuah kawasan semulajadi yang dilindungi, tetapi ini tidak menjadi masalah kerana Pulau Langkawi terletak tidak jauh dari sini dan menawarkan pelbagai pilihan tempat tinggal dan restoran.

Ciri-ciri fizikal
Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas. Setiap bulan seramai 10,000 pengunjung datang ke sini.

Keistimewaan
  • Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti merah, biru dan hijau, ikan berwarna jingga pun ada. Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya seperti burung bayan), yang besar dan berenang tenang. Gigitan halus ikan-ikan cantik yang berebut roti terasa-rasa di tangan.
  • Petugas taman laut memberi makan ikan alu-alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan kira-kira 20 ekor. Saiznya dianggarkan melebihi satu meter panjang.
  • Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.
Tukun Tiruan
Ada lima jenis tukun ditenggelamkan di sini untuk pembiakan spesies laut yang berbeza:
  • tayar
  • polivinil klorida (PVC)
  • konkrit
  • bot buruk
  • seramik
Tukun paip seramik amat sesuai untuk pembiakan udang karang manakala tukun bot yang diletakkan di Pulau Kaca pada kedalaman 21 hingga 24 meter menjadi tempat bermain ikan yang lebih besar. Menariknya, setiap tukun diletakkan di lokasi yang berbeza dan ia boleh dilawati.
Jika ingin melawat batu karang juga boleh mengunjungi Taman Karang yang terletak di hujung Pulau Payar. Batu karang di sini adalah karang lembut yang tumbuh setempat atau berkoloni pada batu pada kedalaman sehingga 18.3 meter. Uniknya, karang ini tiada rangka berkapur yang keras. Karang seperti Scleratis mempunyai pelbagai bentuk dengan warna bergemerlapan.

Kemudahan yang ada
  • Jeti yang memudahkan pelawat turun dan naik bot pelancong.
  • Ada ada 12 chalet unik berbentuk bola tetapi ia hanya dibuka untuk kegunaan pada siang hari saja. Kebanyakan pengunjung balik hari kerana di sini bukan saja tiada restoran, tempat bermalam dan sumber air tawar.
  • Terdapat 183 anak tangga tersedia untuk didaki bermula di Pantai Teluk Wangi. Namun, tarikan hidupan aktif yang berwarna-warni di laut lebih kuat.
  • Pelantar yang dibina di sepanjang tepi pantai.
  • Tiga wakaf atau gazebo untuk menjamah bekalan yang dibawa atau duduk santai menikmati keindahan alam.
Tips

Sebelum meninggalkan Pulau Langkawi menuju ke Pulau Payar, sila pastikan pengendali selaman anda menyediakan kelengkapan yang sempurna dengan saiz yang tepat untuk kegunaan anda.

Pengangkutan

Jalan Laut
Pulau Payar terletak hanya 30 km ke Tenggara Pulau Langkawi.
Anda boleh mengunjungi pulau ini dengan menggunakan bot laju atau pun katamaran. Perjalanan ke sini memakan masa kira-kira 45 minit.

INFO : http://www.tourism.gov.my/
            http://ms.wikipedia.org/

5 ulasan:

  1. ritu g langkawi g hopping island..tapi x th g sini atau x

    BalasPadam
  2. ngumpulin uang dulu, biar bisa berkunjung ke taman laut pulau payar...


    7 Situs Pembocor Rahasia yang MIRIP WikiLeaks

    BalasPadam
  3. assalamualaikum....

    berbalas ziarah ke sini..

    BalasPadam
  4. suka.. tp sedikit pening nak baca sebab background sangat colorful.. kalau pudar sikit or plain, lagi senang nk baca.. =)

    BalasPadam

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget