SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Sabtu, 8 Januari 2011

PULAU TIOMAN

Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona
 di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai 
negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian
 pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi
 lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific
' pada tahun 1959.

Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur 
Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri 
Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran
 negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara
 seperti seketul paha ayam.

Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian,
 karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam
 berpeluang berenang di sisi ikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped
 Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers.

Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan 
di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang
 membentuk
 pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu.

Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek 
Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, 
Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah,
 berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.

Asal-usul nama

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal 
dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri 
(naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui 
Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik.
 Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam 
berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. 
Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah 
gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992,
 telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara 
dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama 
Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia 
(Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman 
dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.

Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini
 terletak berdekatan dengan Kampung Juara.

Gugusan pulau

Terdapat 8 buah pulau dalam gugusan Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah
 pulau yang terbesar. Antara pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Tioman ialah :
Kampung
Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman. Antaranya ialah:
Hanya Kampung Juara yang menghadap Laut China Selatan manakala 
yang lain menghadap daratan Semenanjung Malaysia.



 Tips

Jika anda gemar berjalan kaki, anda perlu mencuba laluan merentas pulau
 yang bermula dari Kampung Tekek di sebelah barat hingga ke Kampung 
Juara di sebelah Timur. Perjalanan ini boleh disempurnakan dengan mudah
 dan menawarkan pemandangan pantai serta hutan di kedua-dua belah Pulau Tioman.

Pengangkutan


Kereta
Dari Johor Bahru, gunakan Lebuhraya Tebrau dan pandu menuju ke Mersing 
menerusi Kota Tinggi. Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak menerusi
 Temerloh, Kuantan, Pekan, Kuala Rompin,Tanjung Gemuk ke Mersing. 
Anda juga boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur 
menerusi Seremban, Bahau, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Tanjung 
Gemuk ke Mersing. 


Bas, Teksi
Perkhidmatan bas ekspress boleh didapati dari

Singapura di Newton Circus Court
dan Stesen Bas Jalan Sultan. Dari Kuala Lumpur, perkhidmatan bas
dan teksi boleh didapati dari Hentian Bas Puduraya. Bas bertolak pada
 waktu tengahari dan pukul 11.30 malam. Teksi boleh bertolak pada bila-bila
 masa. Perjalanan dijangka memakan masa selama 5-6 jam.

Bot
Pulau Tioman boleh dikunjungi dengan menggunakan bot dari Tanjung Gemok
di Pahang dan Mersing di Johor. Perjalanan ini memakan masa selama lebih-
kurang 1 1/2 jam.

Penerbangan
Berjaya Air menyediakan penerbangan harian dari Kuala Lumpur dan Singapura
ke Pulau Tioman yang memakan masa lebih-kurang 45 minit.

Penginapan

Pelbagai jenis kemudahan tempat penginapan boleh didapati di sini samada 
asrama pengembara yang ringkas atau hotel newah bertaraf 5-bintang. 
Kebanyakan tempat penginapan di sini terletak di bahagian pantai barat pulau ini.

Talian Untuk Dihubungi

Tourism Malaysia Pahang, Lot G.01,
Bangunan Mahkota Square, Jalan Mahkota, 25000
Kuantan, Pahang.
Tel: +609-517 7111 / 112 / 115 Faks: +609-517 7114 Laman web:www.pahangtourism.org.my

Info : Klik Disini

6 ulasan:

  1. salam,

    nak sangat ke Pulau Tioman, tahun lepas ke Kuala Rompin, cadang nak terus ke Pulau Tioman tapi hujan seharian membantutkan rancangan

    BalasPadam
  2. saya pun dah lama teringin ke Pulau Tioman ni.. entah bila nak kesampaian agaknya..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    blog yang sangat informatif

    boleh improve in term of lay out blog ini so that lebih tersusun dan memudahkan pelawat membacanya

    BalasPadam
  4. Teringin nak pegi tapi belum ada kesempatan.

    BalasPadam
  5. Insyallah pasti saya akan kesana juga hihihi....

    BalasPadam

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget