SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN

Selasa, 4 Januari 2011

Batu Ferringhi

Batu Ferringhi

Batu Ferringhi merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah bertaraf antarabangsa.
Berehat sambil bermandikan sinaran matahari atau cuba aktiviti-aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan seperti aktiviti luncur papan layar atau berkayak.
Untuk pengalaman yang lebih menarik, cubalah aktiviti 'para-sailing' di tepi pantai dan nikmati pemandangan di sekeliling pantai dari udara.
Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.
Saksikan artis tempatan menunjukkan demonstrasi melukis batik dan kraftangan. Pasar malam yang juga digelar Ferringhi Walk menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.

Tips

Tidak jauh dari Batu Ferringhi ialah sebuah taman yang dinamakan Taman Herba (Spice Garden). Taman ini mempunyai landskap yang indah serta sebuah cafe yang kecil tetapi menawan yang menawarkan minuman dan kek yang lazat. Sebatang laluan trek hutan juga terdapat di sini.

Pengankutan

Teksi
Cara termudah untuk anda pergi-balik dari Georgetown ke Batu Ferringhi ialah dengan menggunakan teksi. Perkhidmatan bas tidak begitu kerap dan jarak antara keduanya terlalu jauh dan cuaca yang panas tidak sesuai untuk berbasikal.

Penginapan

Pantai yang popular ini terkenal dengan deretan hotel-hotel mewah bertaraf 4 dan 5-bintang. Tetapi terdapat juga tempat penginapan murah yang ringkas untuk pengembara.


15 ulasan:

  1. ni artikel ni copy paste or based on pengalaman sendiri?

    BalasPadam
  2. gc : ni artikel yg aku ambil kt laman web di kumpulkan ke dalam blog ni tp kebnyakkan tmpt ni aku dh pergi dh aku pun bertugas kt tempat ni

    BalasPadam
  3. salam singgah...
    good2..byk info ttg pelancongan

    tq singgah umah saya

    BalasPadam
  4. wah teringin nk pegi sana.. x ada org nk sponser ke.hehe

    BalasPadam
  5. nice blog...just nak bg pendapat... saya sukar nak baca entri2 awak sbb ketidaksesuaian background / warna tulisan... btw nice blog 4 those like to travale... isi yg menarik serta sukar nak cari blog berbentuk informasi mcm nie.**thumbs up!!**

    BalasPadam
  6. salam dr family kembar 3...nak bagi awards....boleh tgk kat cini....dah tag di....

    http://permataibu407.blogspot.com/2011/01/best-follower-award-from-mappiau.html

    BalasPadam
  7. salam kenal ye! wah bnyk info2 menarik psl travelling kt sini ye!

    BalasPadam
  8. belum penah sampai lagi
    fobia tsunami.....

    BalasPadam
  9. wee dh lama x melawat pulau pinang walaupun dok kt negeri sebelah je =D

    BalasPadam
  10. dah tak ade perasaan dah dekat penang. xsabar nak balik n9 :)

    BalasPadam
  11. blaja kat penang skarg...
    batu feriggi best =))

    BalasPadam

TABUNG2 SILA LAH MENABUNG KAT CN

LIHAT JUGA DI SINI


ShoutMix chat widget